Nama Syarikat : SUMAYYAH TRAVEL AND TOURS SDN BHD
No. Pendaftaran Syarikat : 1283100 – K
Bidang Perlesenan : LESEN KHAS UMRAH (LKU), INBOUND, OUTBOUND TICKETING DAN TRANSPORTATION.
Syarikat SUMAYYAH TRAVEL AND TOURS SDN BHD, telah ditubuhkan secara rasminya pada 07 JUN 2018.
Ia tertubuh di atas impian, matlamat, dan inspirasi bagi mengendalikan Pakej Umrah, Pakej Pelancongan dalam dan luar Negara khususnya di Rantau Asia Tenggara serta di Bumi Anbia’.
Menyedari bahawa sektor pelancongan ini amat mengalakkan, maka SUMAYYAH TRAVEL AND TOURS SDN BHD akan menjaga dan mengekalkan reputasi sebagai antara sebuah syarikat perkhidmatan pelancongan yang terbaik di Malaysia dan diyakini oleh semua.
Pelbagai perancangan jangka pendek dan jangka panjang syarikat telahpun digariskan bagi memastikan operasi pengendalian Umrah dan Pelancongan dapat berjalan dengan lancar serta terus berkembang dan setanding dengan syarikat yang sedia ada dan terkenal.
Antara perancangan-perancangan syarikat termasuklah mempelbagaikan sektor perkhidmatan seperti Tempahan tiket, Umrah dan Ziarah, Haji, Tempahan Pakej Percutian Domestik dan Antarabangsa, mengendali penginapan hotel dan Homestay serta penubuhan pejabat-pejabat cawangan dan lantikan wakil-wakil promosi.
Syarikat ini menyediakan perkhidmatan pelancongan yang efisyen, dan mengikut undang-undang yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelancongan bagi memenuhi kehendak dan keperluan permintaan khususnya Sektor Kerajaan, Korporat, Sektor Swasta, Syarikat-Syarikat Peniagaan sedia ada dan badan-badan berkanun.
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN :
1) Pakej UMRAH DAN ZIARAH
– Pakej Umrah
– Pakej Ziarah Istanbul
– Pakej Ziarah Baitulmaqdis
– Pakej Ziarah Mesir
– Pakej Ziarah Sudan
2) Pelancongan Luar Negeri (Outbound):
– Sumayyah Travel & Tours Sdn Bhd juga menyediakan pakej-pakej yang menarik di luar Negara meliputi Negara-negara Asia khususnya Asia Tenggara dengan harga yang berpatutan.
– Ia seperti Pakej Kembara Muslim ke Korea, Hong Kong, China, India, Indonesia, Thailand, Vietnam dan Kembojaa.
3) Pelancongan Dalam Negeri (Inbound)
– Pihak syarikat menyediakan pakej-pakej yang menarik di dalam negeri meliputi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak dengan harga pakej yang berpatutan. Ia dipecahkan mengikut LIMA zon pelancongan iaitu:
a) Zon Utara – Perak, Pulau Pinang dan Kedah
b) Zon Timur – Pahang, Kelantan dan Terengganu
c) Zon Lembah Klang
d) Zon Malaysia Timur – Sabah & Sarawak
e) Zon Pulau Peranginan – Percutian di Pulau Langkawi, Pulau Tioman, Pulau Pangkor, Pulau Redang dan Pulau Perhentian
Copyright 2022 © Sumayyah Travel and Tours Sdn Bhd